Assalamualaikum, jodoh yang dirahsiakan Allah.
Jodohku, aku berharap kita tidak dipertemukan dengan cara yang salah. Biarlah lambat asalkan diredhai oleh Allah.
Jodohku, aku berharap kita sama-sama menjaga hati agar tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Jodohku, aku berharap kita sama-sama memperjuangkan cinta yang dititipkan oleh Allah demi Allah dan untuk Allah.
Jodohku, peliharalah imanmu untuk membimbingku di masa hadapan. Kerana aku bersandarkan padamu untuk membawaku ke jalan Illahi.
Jodohku, cintailah aku kerana Allah dan bimbinglah aku kerana Allah.
Biarlah segala perbuatan kita adalah kerana Allah.
Jodohku, jagalah hatimu untukku. Aku juga berjanji akan menjaga hatiku untukmu.
Jodohku, aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.
Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang soleh dari Allah, tapi layakkah aku untuk mendapat suami soleh bagi meraih gelaran isteri solehah? Wallahualam. Sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik :')
Moga kita diketemukan dalam rahmat Allah. InsyaAllah.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu :')
"Selagi Belum akad nikah , Selagi itu ada jarak diantara kita" :')


No comments:
Post a Comment